Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar petang Khamis yang lalu mengumumkan semua aktiviti berkaitan dengan festival berkenaan yang bakal dilancar oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November ini diharamkan. Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau mengarahkan penganjur menghentikan serta merta semua program mereka yang berkaitan dengannya atau berdepan tindakan polis.
Saya sangat bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysian terutama pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka ini. Setelah bantahan daripada NGO-NGO, Jabatan Agama dan majoriti rakyat Malaysia terutamanya, adalah wajar bagi festival ini tidak diteruskan. Penulisan ini ingin saya bawakan hujah dan pandangan...