Mendepani permasalahan isu air dan isu-isu pembangunan yang lain, ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPMUKM) iaitu saudara Muhammad Harith Abdul Kadir dan Mohd Faizal Ahmad telah mengadakan pertemuan dengan Ir Abdul Ghani Wahab, Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan) Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) bersama-sama jurutera-jurutera JPP yang lain untuk membincangkan permasalahan tersebut.
Isu ketiadaan air
Perbincangan hampir dua jam dengan Ir Abdul Ghani Wahab bersama jurutera-jurutera JPP telah merungkai persoalan permasalahan air di UKM. Menurut beliau, permasalahan ini timbul apabila tekanan air yang rendah daripada paip utama saluran air di UKM. Hal ini juga disebabkan oleh pengagihan air dari paip utama itu ke kawasan-kawasan perumahan di sekitar Bangi Lama. Disebabkan perkara tersebut, tangki-tangki air di Lingkaran 1 (kawasan Kolej Keris Mas sehingga Masjid UKM) dan Lingkaran 2 (PPU hingga FUU) tidak dapat diisi dengan kadar yang mencukupi untuk kegunaan seluruh warga UKM.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak JPP telah melaksanakan projek pembangunan paip air sokongan bagi menampung masalah tekanan air yang rendah untuk Lingkungan 1. Projek ini jika mengikut jadual PPM yang dirancang dijangka akan siap sepenuhnya dalam bulan Jun ini yyang ditetapkan. Untuk makluman, projek pembangunan ini sudah 80% siap.
Untuk solusi jangka pendek ini, pihak JPP telah menyewa 20 lori tangki yang berkapasiti 1000 liter air bagi sebuah lori, untuk mengangkut air di kolej-kolej dan kawasan sekitar UKM yang ketiadaan air setiap hari. Pihak JPP juga telah menyediakan 10 tangki statik di Kolej Pendeta Za'ba dan kolej-kolej yang lain yang kapasiti penghuninya yang tinggi bagi membekalkan air bersih di sana. Setakat ini, 2 tangki telah sediakan dan 8 tangki lagi masih dalam tempahan dan dijangka akan sampai dalam 2 minggu ini. Selain itu, pihak JPP juga harap sebarang aduan boleh terus merujuk kepada pihak JPP di UKM atau ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa dan tidak perlu melalui pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Isu-isu berbangkit
Saudara Harith dan Faizal juga telah membangkitkan isu-isu lain seperti lampu-lampu di kaki lima dan jalan di sekitar UKM yang tidak berfungsi, masalah keselamatan pelajar yang melalui kawasan pembinaan di sekitar UKM dan masalah kamera litar tertutup (Closed-Circuit Camera Television - CCTV). Cadangan pihak MPMUKM untuk JPP membaiki lampu-lampu yang tidak berfungsi dan menambah baik dan membaiki CCTV yang rosak di sekitar UKM juga disambut baik oleh pihak JPP. Berkenaan kawasan-kawasan pembinaan yang berisiko berlaku kemalangan , pihak JPP juga memberi jaminan akan memantau kawasan-kawasan tersebut terutama di sekitar FTSM dan KPZ.

Penutup
Akhir kata, pihak MPMUKM berharap perjumpaan dan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan isu-isu yang dibangkitkan pelajar terutamanya isu air yang terjadi kini. Pihak MPMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM agar dapat menyalurkan sebarang permasalahan, aduan atau kegusaran yang timbul dari segala aspek, demi penambahbaikan kearah kegemilangan varsiti kita yang tercinta ini. sebarang aduan, kritikan atau cadangan bolehlah disalurkan ke mppmahasiswa@gmail.com atau terus ke laman Facebook kami di MPM UKM 2010/2011 . Lontarkan suara anda, kerana suara anda, tanggungjawab kami.

2 comments:
salam..
usaha yg bagus..
keep up the good work
insyallah..cuba melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik
Post a Comment