Saturday 5 March 2011

SAYA MAHASISWA PERIHATIN: Salurkan Aduan Anda


Add caption
Untuk makluman rakan-rakan juga, untuk sebarang aduan berkenaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini terdapat suatu sistem pengaduan berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar iaitu Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP)

Ia merupakan satu sistem pengaduan mengenai penyelewengan kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan hal-ehwal pelajar, hal-hal yang berkaitan sebagai contoh penipuan, pemalsuan dokumen, pemarkahan kursus yang tidak munasabah, sijil kelayakan, membocorkan dokumen rasmi seperti kertas soalan, membuat tuntutan palsu atau penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan peribadi.

Semua mahasiswa boleh mengemukakan aduan kepada sistem ini dengan syarat dia mestilah seorang pelajar yang berdaftar dengan UKM.

Di dalam Sistem Aduan Dalaman Pelajar, pihak universiti bertanggungjawab:
1. Menjamin kerahsiaan dan diklasifikasikan sebagai rahsia,sulit.
2. Semua pengadu akan dimaklumkan penerimaan aduannya oleh pihak Universiti dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
Di dalam aduan tersebut, pengadu perlu memberi maklumat lengkap terutama dari segi tarikh, masa, tempat dan orang yang hendak diadukan kesalahan. Perlu diingatkan aduan bukan berbentuk hasad dengki tetapi lebih kepada kebajikan dan kepentingan organisasi dan bertanggungjawab kepada Universiti.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys